Friday, October 21, 2011

Kelebihan Berwudhu'




Wudhu’ adalah sesuatu perkara yang mulia disisi Allah. Mendekatkan diri kepada tuhanNya. Antara kelebihannya ialah:-

1) Sebahagian Dari Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari (r.a), Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...” (H/R. Muslim)

2) Wudhu’ Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Pengambilan wudhu’ yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Dari Abu Hurairah (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulullah (s.a.w) : Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim)

“Barangsiapa yang berwudhu’ (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim)

“Dari Abi Umamah (r.a) berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Apabila seseorang muslim berwudhu’ maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad)

3 – Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a):

“Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Rasulullah (s.a.w) pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim)

4 – Wudhu’ Dapat Membuka Pintu Ke Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim)

5 – Wudhu’ Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’..” (H/R. Muslim)

6 – Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah (r.a), beliau meriwayatkan dari Rasulullah(s.a.w), bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah (s.a.w) memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda (s.a.w) :

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari)

Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'

Wudhu merupakan senjata orang mukmin. Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur" (Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya selalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda
Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."
"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad)

Membasuh anggota wudhu' berfungsi menghilangkan debu di badan tertentu tidak diragui lagi manfaatnya bagi kesihatan secara umum. Hal ini disebabkan oleh anggaota badan sepanjang hari selalu dihinggap jutaan bakteria yang berasal dari setiap ruang udara. Bakteria selamanya menyerang badan melalui kulit dan di tempat-tempat yang terbuka. Hal ini dengan berwudhu' bakteria akan hilang dengan sendiri dari permukaan kulit yang di sirami dengan air, terutama apabila diiringi dengan memijak-mijak secara baik dan menyiramkan air secara merata seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w), sehingga setelah berwudhu' tidak ada lagi kotoran dan bakteria yang melekat di badan, kecuali Alllah S.W.T menghendakinya .

a) Berkumur-kumur

Kajian moden menetapkan berkumur-kumur dapat menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terjadi radang gusi. Hal ini kerana berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan menbersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. Manfaat lain yang sangat penting adalah dapat menguatkan sebahagian urat wajah dan menjaga kebersihannya.
Latihan ini juga bermanfaat mencipta ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila dia benar-benar dalam keadaan menggerakkaan urat-urat mulutnya ketika berkumur-kumur.
Hasil kajian doktor mengesahkan bahawa dengan berkumur-kumur dengan air setiap kali dapat mengatasi diserangnya penyakit kesejukan dan demam selsema. Walaupun dalam wudhu' tu sunat tetapi ianya amat bermanfaat.

b) Membasuh hidung

Kajian yang dilakukan sekumpulan doktor di Universiti Alexandria menetapkan pada umumnya, orang-orang yang berwudhu' secara berterusan hidungnya bersih dari debu, kuman dan bakteria. Sebagaimana diketahui jika kita membersihkan lubang hidung dari tempat-tempat yang biasanya menjadi sarang bakteria dan kuman, lalu dibersihkan secara berterusan, maka akan menjadikan lubang hidung bersih daripada gangguan radang dan kuman. Hal ini turut mempengaruhi kesihatan badan sacara keseluruhan kerana bakteria di lubang hidung dapat menyebabkan bahaya bagi anggota badan lain.

c) Mambasuh wajah dan kedua-dua tangan

Membasuh wajah dan kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Air wudhu' juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimpan dari kelenjar kulit. Pada umumnya, kelejar kulit dari kandungan minyak yang tersimpan menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.

d) Kedua-dua belah kaki

Ada pun membasuh kedua-dua belah kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan bertenaga dan nyaman kerana di kakilah terletak semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwudhu' dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap muslim setelah berwudhu’.

Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwudhu’ dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang. 

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wudhu' utama orang Islam. 5 lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhu'. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud:

"Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."

Ghurah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu diantara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanay B.A (Pustaka Ilmu Surabaya). 

Selain daripada ibadah, wudhu' juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwudhu', ia akan meransang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kana dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiriod (thyroid) dan kawasan pinggang (lumber area). apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwudhu’ boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wudhu’ dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.



Saturday, October 8, 2011

Gambar Ilusi









jangan tengok lama2 nanti pening....haha

Wednesday, October 5, 2011

Ayat-Ayat Syifa (Penyembuh)

Enam ayat al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah :-

1) Surah at-Taubah:14

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2) Surah Yunus:57

Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.


3) Surah an-Nahl:69

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu) dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar0benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkan.

4) Surah al-Isra':82

Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5) Surah sy-Syu'ara:80

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.

6) Surah Fussilat:44

Dan, jikalau Kami jadikan Al-Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan "mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al-Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-Quran itu suatu kegelapan bagi mereka (tidak memberi petunjuk bagi mereka). mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".



Sunday, October 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...